Struktur Gasing
Gasing memiliki tiga bahagian utama iaitu kepala, badan dan buritan gasing. Terdapat sedikit lekukan di bahagian bawah kepala gasing dan bahagian ini dipanggil leher gasing. Gunanya adalah untuk melilit tali gasing. Paksi diletakkan di bagian buritan gasing untuk menjaga keseimbangan putaran gasing di atas lantai.
Bahan Buatan Gasing
Pada masa kini terdapat gasing yang dibuat dengan menggunakan paku dan bahan plastik. Namun, gasing tradisional dibuat dengan menggunakan kayu. Kayu-kayu yang sering digunakan untk membuat gasing ialah dari jenis kayu merbau (sympetalandra borneensis), leban tanduk (vitex quinta), jeruk, bakau, kempas, sepan (gymnopetalum cochinchinensis), keranji (cynoptera polyandra), manggis, jambu batu, ciku (achras zapota) dan kayu asam jawa.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasingyang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan kedalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketikamelarik.Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkantimah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberatlima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnyamaka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan denganvarnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja
CARA PEMBUATAN GASING
Bahan : Kayu untuk buat gasing,Keranji Alat : Mesin Pelarik, parang, pengukir, gergaji
- Potongan kayu diukir terus membentuk Gasing yang dikehendaki, Gasing Uri, Gasing Pemangkak dan Gasing Penahan.
2. Setelah berbentuk gasing, kemudian dihaluskan.
Kayu sepanjang 50 cm, biasanya dapat menghasilkan tiga buah gasing
Kayu sepanjang 50 cm, biasanya dapat menghasilkan tiga buah gasing
3. Kemudian bahagian tengah gasing diberi kawat atau paku supaya putaran tahan lama, dan kekal dan di “ balancing “ dengan cara memutar gasing di atas sebuah papan.
CARA MEMBUAT GASING
mengunakan mesin larik eletrik spt video dibawah
mengunakan mesin larik eletrik spt video dibawah