Jenis-jenis dan bentuk-bentuk Gasing
Selain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di Asia , Afrika serta Eropah. Pun begitu, gasing-gasing di setiap negara tidaklah begitu serupa dari segi namanya, bentuknya, cara permainannya dan orang-orang yang memainkannya. Keadaan ini dikatakan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti penghijrahan, penjajahan dan perdagangan yang berlaku pada masa lalu.
Gasing timah dan gasing leper hanya terdapat di Kelantan. Gasing paku di Kuala Selangor pula mempunyai persamaan dengan gasing yang terdapat di Kedah dan di Patani. Gasing Riau pula dikatakan berasal dari Melaka.
Terdapat beberapa jenis gasing. Permainan gasing ini mempunyai bentuk dan fungsi yang berbeza:
Gasing timah dan gasing leper hanya terdapat di Kelantan. Gasing paku di Kuala Selangor pula mempunyai persamaan dengan gasing yang terdapat di Kedah dan di Patani. Gasing Riau pula dikatakan berasal dari Melaka.
Terdapat beberapa jenis gasing. Permainan gasing ini mempunyai bentuk dan fungsi yang berbeza:
Gasing Leper Kelantan
Berbentuk leper dan rendah. Berat sekitar 8 kg. Lilitan 48 cm. Tinggi 6 cm. Gasing ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional kerana harganya sangat mahal. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing lebih ligat dan lebih lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. |
Gasing Kuno atau Gasing Pangkah
Gasing kuno yang berbentuk sederhana dan berimbang, beratnya 0.6 kg dengan diameter 30 cm dan tinggi 8 cm. Gasing jenis ini boleh ditemui di beberapa negeri di Malaysia, seperti Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, Johor dan Kelantan. Struktur gasing ini merupakan bentuk lama seperti buah perepat yang hanya digunakan untuk permainan pangkah-memangkah dan dibuat daripada kayu merbau, keranji, meranti dan cengal. |
Gasing Toyol
merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau |
Gasing Begelen
merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian sekitar 8 cm. Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja. |
Gasing Lang Laut
merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor. Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm. Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek. |
Jenis-jenis yang lain
Gasing Uri
Berbentuk rendah dan agak pipih, beratnya 6 kg, berdiameter 60 cm dan tinggi 8 cm. Gasing jenis ini cukup terkenal di Kelantan. Biasanya dibingkai dengan timah, besi atau plumbum (zat logam berwarna putih kebiru-biruan). Jika bahan dasar gasing ini dibingkai dengan timah, maka gasing tersebut digunakan untuk pemutaran saja, tetapi jika bahan dasar gasing menggunakan bingkai besi, maka gasing tersebut digunakan untuk permainan pangkah-memangkah.
Gasing Baba atau Gasing Wang Seringgit
Berbentuk seperti telur, beratnya 0.6 kg dengan diameter 38 cm dan tinggi 20 cm. Gasing jenis ini boleh ditemui di daerah-daerah sekitar negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.
Gasing Jantung atau Gasing Lundu
Berbentuk seperti jantung dengan berat sekitar 0.25 kg, berdiameter 20 cm dan tinggi 12 cm. Selain Kelantan, gasing ini juga terdapat di daerah Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Di Kelantan, gasing ini dibentuk daripada kayu merbau, manakala di negeri-negeri lain, gasing ini dibuat dengan menggunakan kayu melawis (ramin: gonystylus bancanus), mengaris dan saga (ormosia parviflora).
Gasing Tanjung atau Gasing Labu Lemak
Gasing tanjung yang tinggi dan berimbang, mempunyai berat beratnya 0.6 kg dengan diameter 30 cm dan tinggi 10 cm. Gasing ini dimainkan oleh orang-orang dari Muar (Johor) sebagai gasing pemangkah. Bahan dasar gasing ini adalah kayu keranji, kempas, cengal dan merbau. Di negeri Selangor, gasing ini dipanggil gasing labu lemak.